16 Febuari 2012 petikan dari Berita Kosmo.
 KOTA BHARU - Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan semalam memutuskan  aktiviti perdagangan mata wang asing (Forex) melalui Internet dan  perkhidmatan broker bagi urus niaga itu sebagai haram.
Pengerusi Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Emeritus Tan  Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, keputusan tersebut dibuat selepas  pihaknya melaksanakan kajian dan mendapati ada beberapa isu yang  meragukan.
"Ia antara lain tidak memenuhi syarat jual beli dalam Islam, tidak  ada kontrak dan mendatangkan spekulasi yang besar. Seseorang boleh  untung dan rugi pada suatu masa. Justeru, kami meminta orang Islam  supaya tidak menyertai program atau perniagaan Forex di Internet,  setakat ini ia haram," tegasnya ketika ditemui selepas Muzakarah  Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-98 di sini semalam.
Bagaimanapun, kata beliau, pihaknya mendapati perdagangan Forex  melalui bank dan pengurup wang yang sah masih dibenarkan kerana semua  transaksinya jelas dan tidak melibatkan spekulasi.
"Terdapat tiga jenis perdagangan Forex; pertama, bank ke bank, yang  keduanya, menerusi pengurup wang, dan yang ketiga ialah perdagangan di  Internet atau broker.


 
No comments:
Post a Comment