Thursday, 2 April 2015

2015 : kenapa GST...

Tahun 2015 merupakan tahun yang dijangka agak sukar bagi kita semua ekoran dengan ekonomi dunia dan negara yang tidak stabil. Ditambah dengan bencana yang baru saja kita lalui pada tahun lepas seperti bencana banjir dan juga masalah yang menimpa sektor penerbangan kita yang mengakibatkan sedikit sebanyak terjejasnya sektor sosio-ekonomi negara. Hal ini sehingga membuatkan pelabur-pelabur luar takut untuk melabur di Malaysia dan pernah dianggap sebagai negara yang mulai tidak selamat walaupun kadar jenayah di negara masih lagi dapat di kawal.

Unjuran ekonomi dunia yang kurang stabil menyebabkan Malaysia juga sedikit sebanyak terjejas dan menyebabkan rakyat terpaksa menerima tempias tersebut.

Walaupun harga minyak dunia naik turun dengan kadar yang tidak menentu, tetapi purata yang diambil kira bagi harga minyak adalah menurun dan dijangkakan akan terus menurun sehingga bulan Jun 2015. Ditambah pula dengan deficit negara yang mungkin perbelanjaan melebihi pendapatan menyebabkan kerajaan terpaksa melaksanakan GST pada 1 April 2015 bagi menampung perbelanjaan negara dan sekaligus mungkin akan menyebabkan kadar inflasi meningkat pada tahun ini dengan kadar 3% ke 5%.

Anda mesti pelik.. harga minyak dunia TURUN tapi kenapa kita kena bayar mahal untuk harga minyak..??? Ini pendapat saya dari hasil bacaan saya.. pendapat ini mungkin sekadar teori.. apa yang saya dapat lihat.. apabila harga minyak dunia jatuh atau menurun.. dan dijangka akan terus menurun sehingga June 2015 ini dimana 1 Barrell = 10USD ... tetapi kita bayar mahal.. kenapa?? hal ini kerana Malaysia juga mrupakan negara pengeluar minyak.. sebagai contoh jika Malaysia menjalankan urusan jual beli minyak antarabangsa contohnya jika Malaysia ingin menjual minyak kepada China.. Malaysia terpaksa menjual dengan harga minyak dunia dimana buat masa sekarang adalah lebih murah.. hal ini menyebabkan kerugian kepada Malaysia kerana untung harga jualan adalah kurang bagi menampung kos pemprosesan minyak itu sendiri.. jadi untuk menampung kembali keuntungan tersebut.. harga minyak dinaikkan bukan di urusan jual beli antarabangsa. tetapi pada urusan jual beli dalam negara.. iaitu minyak yang dijual kepada rakyat sesebuah negara tersebut..

Oleh demikian, harga minyak akan naik turun dalam negara dengan cepat seiringan dengan harga minyak dunia yang tidak menentu pada saat ini.. inilah pendapat saya ..

bagi isu matawang USD yang kian merosot yang menyebabkan kadar tukaran mata wang asing bg ringgit malaysia jatuh kerana isu ini mungkin disengajakan oleh pihak US sendiri.. hal ini kerana berkait rapat dengan isu Pro Ukraine dan Anti Russia.. APA KAITAN NYA???

isu di Ukraine dan Russia masih belum selesai sehingga kini.. dari pembacaan saya dan pendapat saya.. Ukraine merupakan sekutu US.. Russia pula adalah seteru US atau musuh US.. US dan Russia tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dan juga ekonomi.. oleh kerana itu.. wang simpanan USD dalam negara Russia adalah kurang.. dan seagaimana yang kita tahu.. USD merupakan indicator bagi segala tukaran mata wang asing di peringkat antarabangsa.. jadi Russia yang mempunyai simpanan wang USD yang sedikit menjadi sukar untuk berurus niaga di peringkat antarabangsa apabila US sendiri sengaja menjatuhkan mata wang nya sebagai perang ekonomi terhadap Russia sebagai tindakan untuk menghalau tentera Russia dari Ukraine..

mata wang USD akan terus merosot dan Russia akn dihimpit secara ekonomi oleh USD sehinggalah Russia berundur dari Ukraine.. so kita di Malaysia sedikit sebanyak terjejas akibat tindakan US ini..

Dua sebab major ini sedikit sebanyak mempengaruhi tindakan kerajaan untuk menjalankan GST pada tahun ni dimana ekonomi dunia akan dijangka merosot lebih lagi pada bulan-bulan yang akan datang..

so saya menyeru kepada semua agar kita semua berjimat cermat pada tahun ni agar ekonomi kita masing-masing tidak terjejas.. sekian.. jika anda ada sebarang komen.. boleh suarakan komen anda dibawah.. selamat merangka ekonomi buat semua..




1 comment:

  1. Halo,
    Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Henrietta Fernando, pemberi pinjaman pinjaman swasta telah membuka peluang kewangan kepada sesiapa yang memerlukan sebarang bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 2% untuk individu, syarikat dan syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan difahami. Hubungi kami hari ini melalui e-mel untuk memohon dan mendapatkan pinjaman segera: (henriettafernandoloanfirm@gmail.com)

    ReplyDelete