Old Town Bhd kemungkinan mencapai keuntungan selepas cukai RM6.8 juta untuk suku keempat berakhir 31 Disember 2011.
OSK Research Sdn Bhd berkata, pendapatan restoran berasaskan kopi itu  mungkin melebihi sasaran kerana terdapat trend menurun dalam harga  komoditi makanan pada suku akhir 2011, berdasarkan kaji selidik runcit  yang dikendalikan pada Disember tahun lalu.
Bergerak ke hadapan, OSK mengekalkan pendapatan Old Town untuk tahun  kewangan 2012 dan 2013 dengan jangkaan perniagaan makanan serta minuman  syarikat akan mengalami saingan lebih sengit.
“Beberapa pesaing baru yang berada dalam segmen perniagaan sama telah  mula memperkenalkan produk baru seperti set menu pada masa-masa  tertentu,” katanya.


 
No comments:
Post a Comment