Jika anda  mahu harta yang sedia ada berlipat ganda, sedekah adalah jalan yang  terbaik. Kerana Allah juga berfirman dalam Surah Al-An’am ayat 160 yang  membawa maksud, “Barangsiapa yang membawa amalan yang baik maka baginya  (pahala) sepulu kali lipat amalnya, dan barangsiapa yang membawa  perbuatan yang jahat maka dia tidak akan diberi pembalasan melainkan  seimbang dengan kejahatan yang dilakukannya, sedang mereka sedikitpun  tidak dianiaya (dirugikan).” 
Matematik Sedekah oleh Ustaz Yusuf Mansor
Untuk  memudahkan lagi pemahaman kita tentang amalan sedekah ini, mari kita  bersama menghayati Matematik Sedekah menurut Ustaz Yusuf Mansur.  Menurutnya, Allah telah berjanji akan menggantikan wang yang telah kita  keluarkan untuk bersedekah. Paling menarik, Allah bukan sahaja  menggantikan wang yang telah disedekahkan, tetapi akan menggantikannya  sebanyak sepuluh kali ganda dengan nilai yang kita belanjakan. 
Sebagai  contoh mudah, kita mempunyai RM10, lalu kita sedekahkan RM1 kepada  seorang budak peminta sedekah. Kita mempunyai baki sebanyak RM9. kita  bakal mendapat RM19 dengan janji yang telah Allah buat. 
Wang yang telah  disedekahkan itu telah digandakan 10 kali ganda iaitu RM10. Maka, kita  akan mendapat RM19 suatu hari kelak sebagai rezeki yang lain. 
Orang yang  bersedekah akan memperolehi 5 kebaikan di akhirat iaitu golongan yang  bersedekah akan dipayungkan pada hari Qiamat semasa cuaca sangat panas.  Selain itu, golongan ini juga akan ringan hisabnya. 
Mereka juga akan  mendapat timbangan amalan kebaikan yang berat. Tambahan lagi, golongan  ini akan meniti Titian Sirat dengan lancar dan pantas. Terakhir,  golongan ini akan diangkat darjatnya di dalam syurga. 
Inilah  rahsia sedekah yang tidak diketahui oleh ramai orang. Dengan memberikan  sedikit kesenangan kepada orang lain melalui bersedekah, kita akan  memperolehi manfaat yang tidak ternilai. 
Dengan niat memberi sedekah  untuk menyenangkan bebanan orang yang memerlukan, tanpa disangka dengan  kebaikan itu Allah telah memanjangkan umur kita, menolak bala dan  bencana selain membuatkan kita menjadi lebih kaya. 

 
No comments:
Post a Comment