Thursday, 15 December 2011

Duit KWSP boleh dilaburkan dalam AS1M...Rebutlah peluang ini....

KUALA LUMPUR 3 Ogos - Para pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini berpeluang melabur dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP.

Difahamkan, caruman itu baharu sahaja dibenarkan oleh KWSP selepas mendapat kelulusan daripada pengawal selia kewangan.







Para pencarum boleh membuat pengeluaran daripada akaun simpanan satu untuk tujuan melanggan AS1M berdasarkan kelayakan masing-masing.

Laman web KWSP turut menyenaraikan AS1M dalam senarai dana-dana Skim Pelaburan Ahli KWSP.

AS1M menjadi dana keenam yang dibenarkan untuk pelaburan pencarum KWSP termasuk Amanah Saham Gemilang (pendidikan, persaraan dan kesihatan), Amanah Saham Didik, Amanah Saham Nasional 2, ASN 3 Imbang dan Amanah Saham Wawasan 2020.

Utusan Malaysia difahamkan dengan pendekatan langganan melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP akan meningkatkan langganan AS1M yang diperuntukan kepada pelabur bumiputera, India dan lain-lain.

AS1M yang dilancarkan pada 31 Julai tahun lalu merupakan dana berharga tetap RM1 seunit dengan saiz 10 bilion unit dibuka penyertaannya kepada seluruh rakyat Malaysia.

Ia adalah dana terbesar yang pernah ditawarkan oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB).

Sebanyak 50 peratus dana itu diperuntukan untuk bumiputera, Cina (30 peratus), India (15 peratus) dan kaum-kaum lain (lima peratus).

Setakat ini, peruntukan kepada pelabur Cina sudah habis dilanggan.







Seperti yang tertera, size untuk AS1M adalah 10 billion! dan ia adalah yang terbesar pernah di tawarkan untuk rakyat Malaysia. Syarat-syarat untuk melanggan adalah,sebagai permulaan, minumum pelaburan adalah sebanyak 100 unit. Bermakna, anda memerlukan RM100 (1 unit = RM1) dan maximum pelaburan adalah berbeza mengikut umur pada ‘initial offer’. Bagi yang berumur 55 tahun ke bawah, anda hanya layak untuk 50,000 unit manakala bagi yang berumur 55 tahun ke atas adalah 100,000 unit.

Mengikut pengalaman yang lepas-lepas, (daripada akhbar-akhbar), kebanyakan unit amanah ini akan habis di jual dalam masa kurang 2-3 jam sahaja selepas pelancaran. Terutama apabila ada individu-individu membelinya dengan banyak as if mereka mahu duit bekerja untuk mereka. Dominasi ini lebih kepada kaum cina yang sedar akan peluang keemasan yang tidak harus di lepaskan seperti ini.




Bagi kaum-kaum seperti Melayu dan India, kebanyakan masih tidak menghargai peluang. Tidak mengapa, jika dulu kita tidak tahu, hari ini kita ada ilmu, usahakan untuk mendapatkannya, masih belum terlambat.

No comments:

Post a Comment