Thursday, 24 May 2018

Sakit Buah Pinggang Kidney ...kurniaan Tuhan.. Silent Killer.. apa perlu tahu dan buat..

Dah lama saya tak buat any entry untuk blog saya ni.. tapi kali ni saya ingin bercerita tentang masalah buah pinggang atau kidney dalam bahasa inggeris.. kenapa topik ni kerana pada tahun lepas salah seorang ahli keluarga saya mengalami masalah buah pinggang..

Pertama sekali kita kena paham Buah Pinggang adalah organ yang penting kerana antara tugas buah pinggang yang penting iaitu bertindak sebagai filter kepada badan kita terhadap segala kotoran dan buang segala kotoran melalui perkumuhan sama ada air kecil atau besar.. buah pinggang juga bertindak sebagai agen penghasilan darah merah didalam badan kita..

Pendekkan cerita.. cara nak tau kita mengalami sakit buah pinggang..

1) kaki mengalami bengkak.. bengkak yang seperti penuh dengan air dibawah kulit kaki kita.. macam kita ambil plastik makanan dan kita isi dengan air dan cuba tekan.. plastik tu tak keras tapi ia bengkak dan lembut..

2) letih pucat dan lesu akibat kurang darah.. darah apa?  darah merah.. cara paling ringkas nak tau kita kurang darah merah.. cuba duduk depan cermin dan tarik lekuk bawah mata dan tengok dalam mata kita bahagian bawah tu mesti putih jer dan kurang urat2 merah..

3) kurang selera makan atau selalu penat.. kedua-dua tanda ni subjektif tetapi perlu diambil serius kerana apabila buah pinggang gagal berfungsi.. toksik dalam badan akan berkumpul dan ini akan akibatkan badan kita kurang lalu makan kerana toksik telah mengganggu enzim-enzim makanan dalam badan kita.. penat pula akibat darah yang bercampur dengan toksik dan tidak boleh menghantar oksigen dengan baik pada seluruh badan..ini akan akibatkan badan kita senang penat dan letih dan lama kelamaan akan menjadi susah untuk bernafas..

Tanda-tanda diatas adalah tanda yang penting... tetapi ada juga tanda dimana seseorang mengalami..

1) kencing bedarah.. kencing bedarah ni boleh juga dikaitkan dengan buah pinggang kerana ada ketulan batu karang kecil yang mungkin berada pada salur kencing yang diakibatkan oleh buah pinggang yang gagal memproses bahan-bahan seperti garam mineral dan protin..

dan paling bahaya dimana Sakit Buah Pinggang ini dipanggil Silent Killer adalah dimana..

2) tiada langsung tanda-tanda diatas.... hal ini boleh berlaku dan telah berlaku kepada salah seorang ahli keluarga saya baru-baru ini.. so bagaimana nak kenal pasti punca apabila tiada langsung punca-punca diatas?? pada tahap ini anda akan mendapat tahu bahawa buah pinggang anda telah pun gagal berfungsi sama ada salah satu atau kedua-dua nya... INILAH YANG PALING DITAKUTI OLEH KITA SEMUA...

hal ini berlaku apabila ahli keluarga saya mengalami bengkak perut disebelah kanan.. pada mulanya kami ingatkan hanya lah angin dari dalam perut kerana bengkak tersebut tidak terlalu ketara dan ianya lebih kepada seperti kembung perut sedikit tetapi disebelah kanan.. dan apabila pergi buat check up di klinik doktor cakap mungkin ada ketumbuhan.. so doktor terus minta kami refer kepada hospital...

semasa di hospital pesakit discan dengan nama CT Scan dan dari situ baru doktor beritahu bahawa buah pinggang disebelah kanan tersebut telah pun bengkak..

pendekkan cerita.. dari situ bermula lah follow up dengan hospital.. dan akhirnya doktor membuat keputusan untuk membuang buah pinggan disebelah kanan tersebut kerana..

1) buah pinggang itu sudah tidak berfungsi

2) jika dibiarkan akan mengakibatkan toksik ( KREATININ) dan UREA semakin tinggi dalam badan dan akan mengakibatkan darah semakin kotor dan boleh menjadi lebih kronik..

3) buah pinggang itu sudah tidak dapat berfungsi dan segala bahan buangan yang perlu ditapis tidak akan menjadi bahan kumuh atau bahan buangan tetapi sebaliknya akan berkumpul didalam badan dan menjadi toksik bahaya

BAGAIMANA INI BOLEH TERJADI...

1) tidak mengamalkan pemakanan yang sihat ... banyak mengambil makanan yang berunsur protin seperti daging dan ayam.. terutamanya daging merah...
2) terjadi kepada pesakit yang ada darah tinggi dan pesakit jantung yang tidak atau enggan mengambil ubat secara konsisten
3) buat sikap tidak ambil peduli
4) tidak membuat pemeriksaan doktor sekali sekala

oleh demikian sekarang perlu bergantung kepada satu buah pinggang sahaja...

ingin juga saya kongsikan apa yang akan terjadi jika hospital menahan anda diwad untuk pemeriksaan..

1) doktor akan membuat pemeriksaan berkala atau monitoring seperti CT Scan,MRI scan dan X ray untuk mendapatkan result lebih tepat mengenai keadaan buah pinggang tersebut..

2) stenting atau tiub kecil halus perlu diletakkan di buah pinggang untuk mengenal pasti sama ada buah pinggang tersebut tersumbat atau tidak..

3) jika terdapat nanah pada buah pinggang tersebut.. bahagian belakang yang dekat pada buah pinggang tersebut akan ditebuk untuk membuang nanah tersebut..

4) pemeriksaan terhadap darah dan air kencing lebih kerap dilakukan untuk melihat kandungan toksik dan urea dalam darah dan air kencing..

5) kandungan garam mineral akan dipantau terutama Pottasium kerana potassium yang tinggi akan memburukkan lagi keadaan buah pinggang..

6) HD atau Hemodialisis perlu dilakukan ikut nasihat doktor kerana ingin mencuci darah .. dan jika pesakit mengalami kekurangan darah.. semasa HD tersebut darah baru akan ditambah bersama.. HD yang dimaksudkan disini adalah HD yang dilakukan atas nasihat doktor dan bukan HD yang dijalankan 3 kali seminggu..

7) seluruh badan akan mengalami gatal-gatal akibat darah yang baru dicuci dan juga darah baru yang dicampur.. ini berlaku kerana ion-ion dalam darah lama yang kotor bercampur dengan darah yang baru ditambah dan gatal ini juga adalah kesna sampingan dari akibat UREA dalam badan adalah tinggi.. kegatalan ini tidak dapat dilihat secara zahir pada kulit.. ianya hanya dapat dirasa oleh pesakit pada kulit seperti rasa miang badan selepas berguling diatas rumput padang permainan.. gatal ini boleh berlarutan mungkin berbulan atau bertahun kerana urea yang tidak dapat dibuang dengan betul dan telah larut dalam darah..

selepas buah pinggang yang rosak itu telah pun dibuang.. follow up dengan hospital wajib dijalankan untuk pemantauan berkala terhadap buah kesihatan kita..

PANTANG LARANG BAGI PESAKIT BUAH PINGGANG...

1) haram untuk makan daging merah dimana kandungan protinnya amat tinggi.. ayam jika perlu... dan ikan pula boleh dimakan tetapi separuh untuk sehari..

2) haram makan makanan yang ada unsur POTASSIUM..

3) elakkan makan ubi segala jenis ubi

4) control pengambilan nasi

5) jika alami kegatalan elak makan makanan seafood seperti udang dan ikan yang boleh akibatkan kegatalan

6) haram meminum susu .. ya susu.. sama ada Anlene atau seangkatan dengan nya.. pesakit hanya boleh minum susu yang bernama Nepro.. ada dijual di farmasi cuma mungkin bekalan nya agak kurang kerana kurang permintaan.. susu ini istimewa buat pesakit buah pinggang kerana mengandungi protin yang dibenarkan sahaja untuk menguatkan tulang..harga nya dalam lingkungan RM40 untuk 4 botol... boleh minum seminggu sebotol..


so... itu sajalah perkongsian saya pada kali ini.. harap dapat membantu anda semua..

lagi satu untuk sebarang makanan supplement haruslah dirujuk pada doktor dahulu untuk mengelakkan kesihatan semakin teruk..

entry kali ni agak straight forward.. sebab saya tak suka melalut panjang bab kesihatan nanti orang boring nak baca banyak-banyak.. so terus kepada point-point yang penting sahaja..

sekian assalam dan selamat berpuasa bagi yang beragama Islam..